singapura

Speaker Parlimen Singapura Halimah Yacob hari ini mengesahkan bahawa beliau berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya Presiden akan datang, yang dikhaskan untuk calon Melayu, Channel NewsAsia melaporkan.

“Saya sedar bahawa kedudukan presiden yang dipilih mempunyai kapasiti besar untuk berbuat baik untuk semua rakyat Singapura dan Singapura,” beliau berkata.

“Oleh itu, saya ingin memaklukan kepada anda bahawa saya akan bertanding dalam pilihan raya Presiden,” kata ahli Parlimen kawasan Marsiling-Yew Tee itu.

Halimah, 62, juga berkata beliau akan meletakkan jawatan sebagai Speaker Parlimen dan ahli Parlimen hari ini.

Pilihan raya presiden Singapura akan diadakan pada September.

Setakat ini, terdapat 2 calon lain yang tampil iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Second Chance Properties Mohamed Salleh Marican, dan pengerusi Bourbon Offshore Asia Farid Khan Kaim Khan.

Permohonan bagi sijil pilihan raya presiden 2017 dibuka pada 1 Jun dan ditutup 5 hari selepas writ pilihan raya dikeluarkan bulan ini.

Penyandang presiden akan melengkapkan tempoh perkhidmatannya pada 31 Ogos. =- BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here