Keluarga Lim terus mengekalkan kedudukan masing-masing dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang berlangsung kali ke-3,  hari ini.

Pada pemilihan kali ini, Lim Kit Siang mengekalkan jawatan sebagai Ketua Parlimen DAP, begitu juga anaknya Lim Guan Eng yang mempertahankan jawatannya sebagai Setiausaha Agung.

Kedua-dua mereka sebelum ini pernah dikritik banyak pihak supaya melepaskan jawatan masing-masing kerana dianggap terlalu lama mendominasi kepimpinan parti.

Kit Siang memegang jawatan di dalam parti semenjak 1966 sebagai Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP  manakala anaknya Guan Eng mula menjawat jawatan dalam parti sejak 1989 sebagai Ketua  Pemuda DAP.

Dalam pada itu Gobind Singh Deo yang memperolehi undi kedua tertinggi iaitu 1,198 undi  dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP.

Sementara itu Zairil Khir Johari, satu-satu wakil tunggal Melayu dalam CEC ini memegang jawatan Timbalan Setiausaha Publisiti.

Dalam pada itu, menerusi penyusunan semula CEC mengikut jawatan, 10 daripadanya dipilih melalui lantikan antaranya wakil Melayu ditambah dengan perlantikan Tengku Zulpuri Shah sebagai Naib Pengerusi.

Ketika sidang media pengumuman jawatankuasa tersebut, Guan Eng berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir bagi menjayakan pemilihan semula CEC pada kali ini.

Beliau berkata, dengan kejayaan pemilihan tersebut, pihaknya berharap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak lagi menggangu perjalanan parti tersebut.

“Kami berharap dengan pemilihan yang berjaya ini, DAP dapat terus bekerja tanpa diganggu oleh ROS,” katanya.

Disamping itu, Guan Eng berkata,  jawatankuasa CEC yang baru dipilih memikul satu tanggungjawab berat atas amanah yang diberikan oleh wakil parti bagi membuat persiapan dalam menghadapi PRU14 nanti.

Menurut beliau, jawatankuasa CEC  bersama-sama dengan ahli parti akan membawa wawasan dan harapan rakyat  selepas ini bagi membentuk Malaysia baharu yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Selepas ini, kita boleh tumpukan untuk fokus dalam menghadapi PRU14 nanti,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan baharu, Gobind Singh Deo berkata, pemilihan beliau bagi jawatan tersebut merupakan satu tugas berat khususnya dalam menghadapi PRU14.

Beliau berkata, pihaknya berharap pemilihan kali ini dapat diterima oleh ROS tanpa sebarang alasan memandangkan DAP telah mengikut semua syarat-syarat ditetapkan.

“Kami harap ROS menerima keputusan ini dan membenarkan kami teruskan usaha dan kerja lain iaitu persiapan menghadapai PRU14 akan datang,” katanya.

Senarai penuh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pasca pemilihan semula di Kongres Khas DAP 2017.

Dilantik:

Stephen Wong Tien Fatt

Jannie Lasimbang

Khoo Poay Tiong

Yeo Bee Yin

Dr Ong Kian Ming

Dr John Brian Anthony

Wong Kah Woh

Hannah Yeoh Tseow Suan

Thomas Su

Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji

Pengerusi: Tan Kok Wai

Timbalan Pengerusi: Gobind Singh Deo

Naib Pengerusi:

Chong Chieng Jen

Chow Kon Yeow

M Kulasegaran

Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji

Stephen Wong Tien Fatt

Setiausaha Agung: Lim Guan Eng

Timbalan Setiausaha Agung:

Teresa Kok Suh Sim

Nga Kor Ming

V. Sivakumar

Bendahari: Fong Kui Lun

Timbalan Bendahari: Ngeh Koo Ham

Setiausaha Organisasi: Anthony Loke Siew Fook

Timbalan Setiausaha Organisasi:

Thomas Su Keong Siong

Khoo Poay Tiong

Setiausaha Publisiti: Tony Pua Kiam Wee

Timbalan Setiausaha Publisiti:

Yeo Bee Yin

Zairil Khir Johari

Pengarah Pendidikan Politik: Liew Chin Tong

Timbalan Pengarah Pendidikan Politik: Dr Ong Kian Ming

Setiausaha Antarabangsa: Teo Nie Ching

Ketua Parlimen: Lim Kit Siang

Ahli Jawatankuasa:

Chong Eng

Ronnie Liu Tian Khiew

Teng Chang Khim

Jannie Lasimbang

Dr John Brian Anthony

Wong Kah Woh

Hannah Yeoh Tseow Suan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here