Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang sering melaung-laungkan slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang kononnya menjadi teras kepada pentadbiran beliau di negeri berkenaan. Malah beliau juga sering tampil di khalayak umum sebagai individu yang mendokong prinsip-prinsip demokrasi termasuk kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara. Kita juga sudah biasa mendengar kritikan Guan Geng terhadap Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana didakwa meminggirkan prinsip-prinsip demokrasi dan menafikan hak kebebasan bersuara.

Namun kita semua menjadi hairan apabila Guan Eng kelihatan tidak selesa apabila didesak dengan pertanyaan media semasa sidang akhbar berhubung kes terowong dasar laut di negeri berkenaan. Malah lebih memelikkan apabila Guan Eng dilihat gagal mengawal emosi sehingga menghamburkan kata-kata kurang enak dan tidak sewajarnya dilemparkan oleh seseorang yang bergelar Ketua Menteri seperti beliau. Jika tidak salah mengapa perlu gentar sehingga mengeluarkan kata-kata seperti bodoh.

Guan Eng juga dengan mudah menuduh golongan pengamal media sebagai berat sebelah dan tidak mematuhi etika kewartawanan. Ini jelas berlaku amalan double standard oleh Guan Eng. Beliau tidak mahu mendengar kritikan, sebaliknya selesa dengan puji-pujian sahaja. Malah sebilangan wartawan professional juga menyifatkan apa yang dilakukan Guan Eng itu sebagai tidak wajar dan cuba mencemar institusi kewartawanan di Malaysia.

Beliau dilihat tidak selesa dengan soalan-soalan maut yang dilontarkan dan bimbang tersalah cakap sehingga menyebabkannya naik marah dan menuduh golongan wartawan dengan tuduhan tidak berasas. Malah Guan Eng juga dalam sidang akhbar berkenaan bersikap pilih kasih apabila hanya membenarkan wartawan dari media yang cenderung kepada pembangkang untuk bertanyakan soalan, tetapi beliau tidak melayan soalan-soalan dari golongan media lain.

Sikap Guan Eng ini jelas mempamerkan belang sebenar pembangkang yang cenderung untuk mengawal kebebasan media dan lebih suka mendengar apa yang lunak tetap menolak sebarang kritikan yang sebenarnya mampu memberikan kesan positif kepada rakyat. Sikap suka dipuji bukanlah lambang seorang pemimpin yang sejati. Namun hanya pemimpin yang membawa rebah. Rakyat yang sebelum ini mudah terpesona dengan apa yang dilakukan pembangkang khususnya DAP, kini wajar berfikir semula kerana parti ini hanya sukakan pujian dan tidak akan sesekali melayan kritikan.

Sidang akhbar penuh emosi ini juga mewujudkan persoalan sama ada benarkah berlaku salah guna kuasa dalam projek terowong dasar laut itu? Kecenderungan DAP untuk mempertahankan diri di luar siasatan dengan menggunakan pengaruh media jelas melihatkan sikap mereka tidak menghormati siasatan yang dilakukan oleh SPRM dan sebenarnya pembangkang hanya akan bersuara menyokong jika dakwaan itu dibuat terhadap BN, namun mereka akan menyepi dan membuat bising membantah jika dakwaan itu terkena batang hidung sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here