Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengemukakan statistik untuk membuktikan hujan paling lebat dicatatkan pada September dan November tahun ini dan bukan 20 tahun lalu seperti yang dilaporkan.

Beliau kemuka data itu selepas Ketua Pengarah Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) Alui Bahari memberitahu BH Ahad pada hujung minggu bahawa hujan paling lebat dalam sejarah Pulau Pinang ialah pada 15 September 1995.

Lim pula mendakwa jumlah hujan yang dicatatkan baru-baru ini 3 kali ganda berbanding jumlah hujan pada 1995.

Menurut Lim, Empangan Teluk Bahang mencatatkan jumlah hujan keseluruhan 1162mm pada September tahun ini dan memuncak pada 15 dan 16 September dengan jumlah hujan 180mm dan 255mm.

Pada 1995, jumlah hujan yang dicatatkan hanya 482mm sebulan.

Dalam tempoh lebih 15 jam pada 5 November tahun ini, jumlah hujan 372mm dicatatkan di Empangan Air Itam, kata Lim.

Pada 15 September 1995 pula, banjir yang berlaku menyaksikan jumlah hujan 270mmm, lebih rendah berbanding jumlah hujan yang dicatatkan tahun ini.

Lim berkata data MetMalaysia itu menunjukkan jabatan itu tidak efisien dan jabatan tidak dapat mengemukakan fakta yang betul.

Alui dipetik BH Ahad pada 12 November berkata banjir kilat awal November lepas di Pulau Pinang dan sebahagian Kedah disebabkan tekanan rendah di utara Malaysia Barat.

Beliau berkata Pulau Pinang ditimpa “hujan yang lebih teruk” pada 1995.

Alui dilaporkan berkata: “Kejadian hujan lebat yang berterusan di Pulau Pinang dan sebahagian Kedah pada 4 dan 5 November lalu adalah disebabkan oleh kehadiran kawasan tekanan udara rendah di utara Semenanjung.

“Kawasan terbabit menjadi lokasi penumpuan angin dan kelembapan yang tinggi, menyebabkan hujat lebat secara beterusan berserta angin kencang.

“Untuk makluman, hujan lebat yang lebih teruk pernah berlaku di Pulau Pianng pada tahun 1995.”

Pulau Pinang dilanda banjir kilat apda 4 dan 5 November lepas, mengakibatkan lebih 6,000 terpasak dipindahkan dan meragut 7 nyawa.

Seminggu kemudian pada 13 November, semua pusat bantuan banjir ditutup dan mengsa kembali ke rumah masing-masing. Kerajaan Pulau Pinang memberikan bantuan RM700 kepada mereka yang terkesan.

Jumlah hujan luar biasa disebabkan oleh gangguan tropika “Invest 95W”, kata laporan cuaca antarabangsa.

Gangguan tropika digambarkan sebagai permulaan taufan. Perubahan daripada gangguan tropika boleh membawa kepada depresi tropika dan akhirnya, taufan, yang kerap berlaku di Asia, menurut Pentadbiran Laut dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat.-FMT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here