whatsapp

Jika sebelum ini pengguna di China sudah mula terbiasa dengan ‘ketiadaan’ Facebook, Twitter dan Google nampaknya rakyat China bakal disekat dengan sebuah lagi aplikasi permesejan terpopular di dunia iaitu WhatsApp.

Pengumuman sekatan WhatsApp yang diumumkan pada Kongres Parti China ke-19 ini dimana negara ini berhasrat untuk mengetatkan undang-undang internet di negara tersebut. Untuk pengetahuan anda, bukan sahaja Facebook dan Google yang disekat China, malah platform media sosial lain seperti Twitter dan YouTube juga antara yang disekat.

WhatsApp-iPhone-1280×853

image-91529–335369

Dalam pada itu, para pengguna masih mempunyai altenatif lain seperti Baidu, Weibo dan WeChat dimana aplikasi-aplikasi tempatan mereka lebih menjadi pilihan para pengguna di China. Mungkin juga disebabkan tiada altenatif lain yang lebih baik.

Setakat ini masih belum diketahui sama ada aplikasi ini bakal disekat secara kekal atau buat sementara waktu sahaja. Buat anda yang ingin ke China, pastikan anda dapat simkad yang tidak menghalang daripada mendapatkan akses VPN. Sebagai altenatif, mungkin anda boleh mula berjinak dengan aplikasi permesejan WeChat sebagai langkah untuk berhubung bersama kenalan anda.

Baca lagi: Panggilan Video Whatsapp Diperkenalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here