KUALA LUMPUR – Nurulhidayah Ahmad Zahid terus menjadi bahan perbualan dan kritikan netizen berikutan komen-komen beliau berkenaan isu Bersih 4.

Terbaharu, status dan gelaran Dato’ yang dibawanya mula menjadi persoalan ramai.

Semuanya bermula apabila beberapa laman Facebook memuat naik gambar Nurul sedang ditemu ramah sebuah stesen televisyen dengan nama beliau terpapar di skrin. Dalam paparan itu, nama Nurul didahului dengan gelaran Dato’.

Netizen kebanyakan mempersoalkan fakta bagaimana gelaran Dato’ seharusnya diberi seiring dengan sumbangan.

Menurut laporan beberapa portal media, Nurul adalah Ketua Komunikasi Bahagian Korporat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan merupakan graduan Universiti Putra Malaysia. Beliau juga aktif dalam Askar Wataniah.

Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here