Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat daripada jawatannya ketika dalam usaha mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara itu didedahkan Abdul Gani ketika datang menemui beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam.

“Saya bertanya kenapa beliau diberhentikan sebagai Peguam Negara pada 2015.

“Beliau (Abdul Gani) dipecat ketika  sedang membuat persediaan untuk mendakwa Najib,  tetapi anda tahu apa yang berlaku, pagi itu beliau diberhentikan daripada jawatannya,” katanya.

Dr Mahathir berkata, bagaimanapun beliau dimaklumkan perkara itu secara lisan tanpa sebarang dokumen dikemukakan.

Abdul Gani merupakan bekas peguam negara  yang mengetuai pasukan petugas khas yang menyiasat wang RM2.6 bilion dalam akaun bank bekas perdana menteri itu dan kes SRC International.

Sebelum ini dilaporkan Abdul Gani menamatkan perkhidmatan susulan masalah kesihatan sebelum diganti Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here