Alibaba Cloud adalah cabang pengkomputeran awan oleh China Alibaba Group dan Fusionex, penyedia teknologi data tempatan hari ini mengumumkan kerjasama untuk menerajui transformasi digital di serantau ASEAN.

Di bawah kerjasama itu, Fusionex yang memiliki kepakaran dalam Analisis Data Raya (BDA), Internet of Things (IoT) dan Kecerdasan Buatan (AI) dan Alibaba Cloud akan menggabungkan perkhidmatan mereka dan seterusnya menyediakan penyelesaian teknologi awan secara menyeluruh kepada pengguna di rantau itu.

Ketua Teknologi Awan Alibaba Group bagi ASEAN, Australia dan New Zealand, Raymond Ma, berkata  kedua-dua firma itu berkongsi matlamat yang sama untuk membangunkan generasi seterusnya dalam teknologi serta memperkasakan pelanggan dengan pemacu perubahan.

“Ketika kita memasuki era transformasi digital baru, perniagaan di serantau ASEAN memerlukan tahap sokongan baru untuk memanfaatkan peluang-peluang baru yang akan datang. Pembelajaran mesin dan pengkomputeran awan yang digabung bersama analisis data raya akan memainkan peranan penting sebagai infrastruktur pengkomputeran” katanya.

Dengan menggabungkan infrastruktur pengkomputeran Alibaba Cloud yang canggih , Fusionex akan dapat menyediakan penyelesaian data raya dengan lebih maju untuk meningkatkan perkhidmatan yang akan ditawarkan kepada pengguna-pengguna terutamanya di dalam sektor-sektor perusahaan seperti, perkhidmata kewangan, peruncitan, penerbangan, perjalanan, perhotelan dan pembuatan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Fusionex, Datuk Seri Ivan Teh, berkata kerjasama ini akan menjadi langkah permulaan yang menarik dalam usaha merialisasikan matlamat syarikat untuk memperkasakan teknologi sedia ada dan memperluaskan jangkauannya.

“Kami amat gembira kerana dapat bekerjasama dengan Alibaba Cloud bagi menyokong transformasi digital negara serantau ASEAN. Dengan perkhidmatan Alibaba Cloud yang canggih dan data teknologi dari Fusionex mampu mewujudkan sinergi dan melengkapi perkhidmatan kami kepada pelanggan. Ia juga membolehkan mereka untuk melaksanakan usaha pada kadar lebih pantas” katanya.

Baca lagi: “Malaysian Economy Getting Better, Ringgit Strengthening, GDP Solid”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here