pru14

Pakatan Harapan berpotensi besar untuk membentuk kerajaan baharu dengan memenangi 113 daripada 222 kerusi parlimen untuk PRU14.

Anggaran turut boleh memenangi lima negeri dalam PRU dengan ‘10 + 5 peratus’.

Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP, berkata Pakatan Harapan boleh berjaya biarpun Pas akan menjadi ‘pengganggu’ dan menyebabkan berlakunya pertandingan tiga penjuru.

“Tsunami rakyat Malaysia berlaku jika 10 peratus pengundi Melayu dan lima peratus pengundi bukan Melayu mengalih undi mereka daripada BN kepada Pakatan Harapan,” katanya seperti disiarkan dalam Sin Chew Daily.

Menurut Kit Siang, Pakatan Harapan bukan sahaja akan memenangi majoriti kerusi parlimen di semenanjung, malah akan berjaya mentadbir Perak, Negeri Sembilan dan Johor serta terus mempertahankan Pulau Pinang dan Selangor dengan majoriti lebih besar.

“Sekiranya formula ’10+5 peratus’ ini menjadi kenyataan, Pakatan Harapan akan muncul sebagai kerajaan baharu dan tidak lagi dibayangi BN setelah memerintah negara selama 60 tahun,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here