KUALA LUMPUR 17 Ogos – Felcra Bhd. (Felcra) dinasihat tidak terlalu obses mencari keuntungan sehingga meminggirkan matlamat asal penubuhan agensi itu untuk membantu masyarakat luar bandar.

 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, hal ini kerana terdapat satu atau dua agensi kerajaan dilihat terlalu obses mencari kewangan dan ada juga yang merancang untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

 

Menurutnya, kakitangan Felcra juga perlu menukar pemikiran kepada yang lebih baik bagi mencapai pembangunan di luar bandar.

 

“Felcra perlu perbanyakkan penglibatan usahawan luar bandar. Jangan terlalu obses sehingga lupa tanggungjawab asal membantu masyarakat luar bandar,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja ke ibu pejabat Felcra di sini hari ini.

 

Yang turut hadir dalam lawatan kerja itu ialah Pengerusi Felcra, Datuk Bung Moktar Radin dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Datuk Ramlee Abu Bakar. – UTUSAN ONLINE

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here