Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan naib juara Liga Super 2017, Pahang secara rasminya tidak akan mewakili Malaysia untuk pertandingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, badan induk bola sepak itu tidak menerima sebarang maklum balas daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) untuk menyertai kejohanan tersebut.

“Sehingga tarikh tutup yang ditetapkan pada 30 November 2017, FAM tidak menerima surat balasan atau sebarang maklum balas daripada PBNP untuk menyertainya,” kata Hamidin dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu, FAM memberi masa sehingga Khamis lalu kepada PBNP untuk menimbang semula tawaran beraksi dalam Piala AFC musim depan.

PBNP sebelum ini membuat keputusan mengejut apabila menolak tawaran FAM menggantikan Kedah sebagai wakil Malaysia bersaing dalam kejohanan itu, dengan memberi alasan ingin fokus terhadap liga tempatan.

Begitupun, tindakan itu tampak mengundang padah apabila AFC kemudian mengesahkan slot itu akan diberikan kepada negara lain berdasarkan Fasal 12.12, Peraturan Pertandingan AFC.

Ini kerana Pahang, yang memenuhi syarat kelayakan tetapi enggan menyertai kejohanan itu, secara automatik slot itu terbatal dan tidak boleh diberikan kepada pasukan tempatan lain.

  • MStar Online
SHARE
Previous articleSelangor Ikat 8 Pemain Piala Presiden
Next articleKhalid Ibrahim Sah Bantu UMNO Untuk Tawan Selangor
Berketurunan Melayu Jawa tetapi tidak boleh berbahasa jawa. Merupakan seorang peminat masakan jawa lebih-lebih lagi tempe dan nasi pecel lele. Juga merupakan peminat tegar kepada pasukan bola sepak Barcelona FC. Visca El Barca!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here