Kehadiran ramai pemain berpengalaman dalam skuad Pulau Pinang membangkitkan semangat serta keyakinan Faiz Subri untuk kekal mengharungi cabaran musim ini.

Faiz yang memasuki musim keempat bersama Harimau Kumbang sejak menyertainya pada 2015 berkata, pemain seperti Azinee Taib, Jasazrin Jamaluddin, Norhafiz Zamani Misbah, Raimi Mohd Nor, Al Hafiz Hamzah dan Fitri Syazwan Raduan mampu membentuk skuad mantap bagi mengharungi Liga Perdana 2018.

Ia diperkuatkan lagi dengan pemain sedia ada seperti Azidan Sarudin, Azrul Ahmad, Syukur Saidin dan Yong Kuong Yong yang dikekalkan jurulatih, Zainal Abidin Hassan.

“Kedatangan mereka secara tidak langsung menyuntik motivasi kepada saya untuk kekal bersama Pulau Pinang semusim lagi serta menolak tawaran pasukan lain.

“Apatah lagi saya berasa turut bertanggungjawab atas kemerosotan kami musim lalu sehingga Pulau Pinang jatuh semula ke Liga Perdana selepas hanya dua musim di Liga Super.

“Secara jujur saya akui, prestasi saya sendiri kurang memuaskan sepanjang musim lalu. Selain dilanda kecederaan, saya juga tiba-tiba mengalami kemerosotan.

“Ini menyebabkan saya bertekad untuk kekal bagi membantu Pulau Pinang kembali beraksi di Liga Super pada 2019.

“Saya yakin pemain yang dibawa masuk jurulatih kali ini ditambah dengan pemain sedia ada, mampu mengubah nasib Pulau Pinang kerana mereka mempunyai pengalaman luas,” kata Faiz.

Menurut Faiz, kehadiran pemain berpengalaman itu juga mampu menampung kekosongan yang ditinggalkan ketua pasukan, Rafiuddin Rodin yang berhijrah ke Perak serta pemain muda seperti Syamel Kutty Abba (Johor Darul Ta’zim), Jafri Firdaus Chew dan Faizat Ghazli (PKNS FC).

Selain itu, pemain dari skuad Piala Presiden seperti Hazrul Hafiz Zulkifli, Khairul Akmal Rohisham, Amir Qayyum dan K Thivandran juga dilihat mampu membentuk kombinasi baik dengan pemain senior.

— Berita Harian

SHARE
Previous articleTrofi Samba d’Or 2017 Milik Neymar
Next articleUMNO Tiada Masalah Terima Permohonan Maaf Tun M
Berketurunan Melayu Jawa tetapi tidak boleh berbahasa jawa. Merupakan seorang peminat masakan jawa lebih-lebih lagi tempe dan nasi pecel lele. Juga merupakan peminat tegar kepada pasukan bola sepak Barcelona FC. Visca El Barca!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here