Isnin lalu, Mark Zuckerberg telah mengumumkan satu rekod baru bagi laman sosial Facebook dengan bilangan pengguna seramai satu bilion dalam satu hari.

“Buat pertama kali, satu bilion pengguna menggunakan Facebook dalam tempoh sehari. Pada Isnin, satu daripada tujuh orang di Bumi menggunakan Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga mereka,” tulis Zuckerberg menerusi laman Facebook rasminya.

“Apabila kami mengumumkan kedudukan kewangan Facebook, kami mencatat angka secara purata, tetapi ini adalah berbeza. Ini adalah kali pertama kami mencapai pencapaian sebegini,” katanya lagi.

Facebook telah berkembang pesat, dan pada suku tahun kedua 2015, aplikasi itu dilapor memiliki 968 juta pengguna aktif harian secara keseluruhan dan 1.49 bilion pengguna aktif bulanan.

Menurut Zuckerberg, beliau amat berbangga dengan keluarga Facebooknya dan kemajuan yang telah dilakukan bersama.

“Anda memberi peluang kepada setiap orang untuk bersuara, untuk menggalakkan persefahaman dan membuka ruang kepada semua orang untuk merasai dunia moden,” ujar Zuckerberg.

Beliau turut menyatakan bahawa dunia yang berhubung adalah dunia yang lebih baik kerana ia mengeratkan hubungan yang lebih kukuh dengan orang  tersayang.

Selain itu, katanya ia juga mengukuhkan ekonomi dengan membuka lebih banyak peluang, dan memupuk nilai baik masyarakat.

Dalam pada itu, difahamkan Facebook juga sedang menguji aplikasi berita tergempar seperti Twitter.

Untitled
Status Mark Zuckerberg di akaun Facebook beliau.

Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here