Ezam melalui artikel dalam Malaysiakini menggesa pemimpin Pakatan Harapan agar mencalonkan pemimpin muda khususnya Azmin Ali untuk diketengahkan sebagai barisan kepimpinan utama saf pembangkang. Beliau yang amat kecewa dengan kepimpinan PH yang memilih Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri jika PH berjaya menawan Putrajaya.

“Saya tidak mewakili diri saya sendiri. Ia bukan pandangan peribadi saya. Ia pandangan dan harapan malah kepercayaan ramai yang lain yang meminta saya nyatakan pandangan ini bagi pihak mereka”. Menurut Ezam lagi, tindakan PH melantik Tun Mahathir sebagai calon PM adalah satu langkah yang ketinggalan kerana bekas PM itu telah memerintah Malaysia terlalu lama.

Sepatutnya, PH perlu melantik pemimpin muda yang mempunyai iltizam yang tinggi seperti Datuk Seri Azmin Ali sebagai calon PM masa depan. Malah, pemimpin lain seperti Nurul Izzah, Rafizi Ramli dan Mukhriz Mahathir juga perlu diambil kira.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here