Detik – detik yang dinanti-nantikan peminat industri hiburan tempatan untuk menyaksikan naskhah arahan sutradara Ghaz Abu Bakar buat pertama kali terjawab apabila baru-baru ini berlangsung Malam Gala Tayangan Perdana filem Polis Evo di Golden Screen Cinema (GSC) Pavilion, Kuala Lumpur.

Mengambil tema hitam, para pelakon yang hadir dilihat mengenakan banyak warna-warna gelap dalam pemilihan pakaian mereka.

Antara yang mencuri tumpuan ialah pakaian yang digayakan oleh Eyka Farhana. Tampil ringkas dengan blaus hitam tanpa lengan, pelakon yang mula mencipta nama selepas membintangi drama bersiri popular Juvana itu lebih selesa untuk mengenakan gaya persalinan yang santai.

Malam ini tema pakaian yang ditetapkan adalah warna hitam. Jadi, untuk hadir ke majlis sebegini, saya suka untuk memakaikan sesuatu yang ringkas tetapi memberi keselesaan. Hari ini, daripada hujung rambut sampai hujung kaki semuanya merupakan barangan koleksi peribadi sendiri,” ujarnya.

Kata Eyka, solekan pada wajahnya juga dilakukan sendiri.

Hanya solekan tipis dan tidak terlalu tebal. Bagaimanapun, untuk rambut, saya hanya memberikan sedikit bentuk ikal pada bahagian hujung yang dibiar mengurai,” kata pelakon berusia 20 tahun itu.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here