lexus-es-250-7

KUALA LUMPUR 24 Ogos – Lexus Malaysia mengukuhkan barisan modelnya dengan pengenalan Lexus ES yang dipertingkatkan berharga dari RM259,200 hingga RM356,000 sebuah.

Peningkatan terbesar kepada ES baharu ini ialah di bahagian luaran kereta di mana jeriji beralun tanda dagang Lexus yang baru, dapat membezakan kereta baharu ini daripada yang lama.

Bagi memenuhi standard tinggi pasaran di Malaysia, Lexus Malaysia menawarkan tiga va­rian ES baharu ini. Mereka ialah; ES250 Premium, ES250 Luxury dan ES 300h yang dijana oleh Sistem Pemanduan Hibrid Lexus, kini didatangkan dengan waranti bateri hibrid selama lapan tahun bagi ketenangan minda.

Antara penambahbaikan yang dilakukan ke atas ES baru ialah rupa hadapan dengan ciri ke­selamatan yang lebih baik se­perti Paparan Sudut Buta dengan Pengawasan Trafik Melintas di Belakang, Bantuan Mula di atas Permukaan Berbukit dan lampu hadapan LED.

Ruang dalaman ES baru juga telah dipertingkatkan bagi mengenengahkan imej kualiti dan keanggunan. Perapi Birdseye Maple Wood kini adalah standard pada semua varian, dan menyerlahkan rasa mewah berkualiti tinggi Lexus ES.

Bercakap pada majlis pelancaran Lexus ES, Datuk Ismet Suki, Presiden UMW Toyota Motor berkata, Lexus Malaysia telah menjual lebih daripada 1000 kenderaan setakat Julai 2015, dan ia telah menaikkan kedudukan kami ke tangga ketiga dalam jualan Kenderaan Mewah tempatan.

Katanya, tempahan bagi Lexus ES baharu telah bermula pada akhir Julai 2015 dan lebih daripada 100 unit tempahan diterima, dengan varian ES 250 Luxury merupakan yang paling popular.

“Kami menyasarkan untuk menjual sebanyak 750 unit ES menjelang akhir tahun ini dan kami yakin untuk mencapai sasaran jualan Lexus sebanyak 2,200 unit bagi 2015,’’ ujarnya di sini hari ini.

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi UMW Toyota Motor, Tan Sri Asmat Kamaludin; Timbalan Pengerusinya, Akio Takeyama; Pengurus Besar Projek, Toyota Motor Corporation, Vince Socco dan Naib Presiden, Bahagian Asia Pasifik Lexus, Paul Carroll.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here