Ramai yang mengucapkan tahniah kepada artis Erin Malek selain dihubungi rakan wartawan ekoran tersebar gambar bayi kembar yang bertulis tahniah Erin Malek atas kelahiran bayi,

Setakat ini, Erin bagaimanapun menafikan perkara itu itu. “Saya belum bersalin lagi. Anak dalam kandungan ini lambat lagi keluar,” kata Erin ringkas sekali gus menafikan yang dia sudah bersalin.

Sebelum ini, ramai yang tahu bahawa Juara Fear Factor Selebriti musim kedua itu dijangka akan melahirkan anak kembar. Bagaimanapun, gambar bayi kembar yang tersebar itu bukan anaknya.

Erin melangsungkan pernikahan dengan Farriz Fauzy pada 10 Oktober 2014. Erin dijangka melahirkan anak sulungnya pada bulan ini.

Sumber: Berita Harian

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here