LONDON: Tottenham Hotspur membeli penyerang Korea Selatan, Son Heung-min daripada kelab Jerman, Bayer Leverkusen, umum kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu hari ini. Son mengikat perjanjian selama lima tahun dengan pasukan utara London itu dengan nilai perpindahan sebanyak STG22 juta (RM142 juta).

Pemain berusia 23 tahun itu akan berpindah ke White Hart Lane sebaik saja mendapat permit kerja dan pelepasan antarabangsa. Son menjaringkan sebanyak 29 gol menerusi 87 penampilan bersama Leverkusen selepas berpindah daripada Hamburg pada 2013. Leverkusen sudah pun mendapatkan pengganti pemain ini iaitu pemain Slovenia, Kevin Kampl daripada Borussia Dortmund.

Sumber: AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here