pru14

Bukan mudah untuk menjadi pemimpin berjiwa besar yang diterima dan disukai oleh rakyat terutama dengan wayang politik yang hebat diambang PRU14 .

Dengan adanya media sosial sebagai platform viral, pemimpin masyarakat masa kini sering berdepan tugas sukar untuk urusan rakyat dan memajukan kawasan yang di bawah pimpinannya.

Mana tidaknya, sebarang salah laku dan tindak-tanduk kurang enak seorang wakil rakyat itu pasti akan menjadi buah mulut di media sosial sekiranya mereka ‘terkantoi’ atas sebarang kesilapan.

Hari ini, penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr P Sivamurugan  tampil menyenaraikan empat kesalahan yang tidak patut dilakukan oleh pemimpin pada masa hadapan.

Menurutnya, kesalahan-kesalahan ini boleh menjejaskan nama baik pemimpin, serta menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap politik tanah air.

“Pertama, pemimpin yang ditolak rakyat adalah wakil rakyat yang angkuh dan bongkak. Kedua, beliau juga merasakan dirinya bersifat eksklusif dan bukan inklusif.

“Ketiga, pemimpin yang tidak akan diterima rakyat adalah seorang yang tidak berintegriti dan mengamalkan rasuah.

“Keempat, pemimpin yang ditolak juga adalah seorang yang  beranggapan dia tahu lebih daripada rakyat,” katanya kepada Sinar Online.

Menurutnya, dalam konteks sekarang, pemimpin yang disukai rakyat dan boleh memenangi hati masyarakat.

Tambahnya lagi, seseorang pemimpin itu juga akan lebih mudah diterima rakyat sekiranya beliau merasakan dirinya sebahagian daripada rakyat.

“Pemimpin seperti ciri-ciri di atas akan ditolak oleh rakyat. Rakyat memerlukan pemimpin yang boleh memenuhi keperluan dan kemahuan rakyat,” katanya lagi.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here