Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani tiba di sini malam semalam untuk  melakukan lawatan sulung selama dua hari ke negara ini.

Pesawat yang membawa Emir Qatar dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini pada 8.45 malam.

Di Kompleks Bunga Raya KLIA, Sheikh Tamim, yang menaiki takhta pada 25 Jun, 2013, sebagai Emir Qatar kelapan, disambut oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Lawatan ini ialah atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dan in merupakan lawatan pertama oleh baginda sejak lawatan negara terakhir yang dilakukan oleh ayahandanya Sheikh Hamad Khalifa Al Thani pada Mei 2009.

Menurut Wisma Putra, lawatan tersebut memberi peluang kepada pemimpin kedua-dua negara untuk membincangkan isu-isu dua hala dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu kepentingan bersama.

Sebagai sebahagian dar[pada lawatan, Sheikh Tamim akan diberi sambutan negara di bangunan Parlimen pagi esok sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, dan kemudian menghadiri majlis santapan negara di Istana Negara pada sebelah malam.

Sheikh Tamim juga dijadual bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana, Putrajaya pada hari yang sama. –Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here