Malaysia memenangi pingat emas ke-100 pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila Amy Kwan Dict Weng menyumbangkan kilauan emas dalam acara aparatus reben individu gimnastik berirama (Gimrama).

 Gimnas negara  itu memperoleh 15.750 mata untuk mengatasi rakan senegara Koi Sie Yan yang mendapat 14.700 mata untuk pingat emas pada pertandingan yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec) di sini.

Pingat gangsa menjadi milik gimnas Thailand  Panjarat Prawatyotin dengan 13.700 mata.

Malaysia menyasarkan 111 pingat emas untuk muncul juara keseluruhan Sukan SEA Ke-29. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here