BANGKOK, 27 Ogos – Eksport Thailand pada Julai susut 3.56 peratus kepada US$18.22 bilion (US$1 = RM4.2290).

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Perdagangan Thailand berkata penurunan eksport dalam dolar Amerika, yang merupakan bulan ketujuh berturut-turut, disebabkan kejatuhan harga minyak dam emas.

“Import negara bulan lepas turun 12.73 peratus kepada US$17.45 bilion disebabkan penurunan nilai import bahan api dan pesawat kepada US$200 juta daripada lebih US$700 juta pada bulan yang sama tahun lepas,” katanya.

Menurut kementerian itu, penurunan ketara dalam import membantu Thailand mencatatkan lebihan dagangan sebanyak US$770 juta pada Julai.

Sumber: BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here