Dua remaja dihadapkan di Mahkamah Majistret sebentar tadi atas tuduhan membunuh 23 individu dalam kebakaran pusat tahfiz Quran Ittifaqiyah.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua remaja yang berusia 16 tahun itu dihadapan Majistret Siti Radziah Kamaruddin.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua remaja itu  didakwa bersama-sama membunuh kesemua mangsa antara jam 4.15 pagi hingga 6.45 pagi 14 September lalu di Pusat Tahfiz Al-Quran Darul Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, 14 September lalu.

Prosiding pendakwaan itu dijalankan secara tertutup dan hanya boleh diikuti ahli keluarga kedua-dua tertuduh.

Mahkamah menetapkan 28 November depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here