Arsene-Wenger-and-Louis-Van-Gaal

 

Arsenal dan Manchester United masih tercari cari siapakan penyerang berbisa yang mampu dibeli bagi memperkuatkan lagi pasukan masing-masing.

Pengendali Arsenal, Arsene Wenger dikatakan berminat untuk membawa masuk penyerang Real Madrid Karim Benzema yang sememangya telah menjadi idaman The Gunners sejak beberapa musim lepas.

Walau bagaimanapun, Wenger berdepan kesukaran kerana Real Madrid dikhabarkan hanya akan melepaskan pemain itu dengan nilai 50 juta pound (RM 334 juta).

Pengendali Real Madrid Rafael Benitez turut enggan melihat penyerang Perancis itu pergi selepas gergasi Sepanyol itu sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan berdepan pendatang baru Sporting Gijon.

Benitez turut sedar, tiada pemain penyerang dengan nama besar yang masih boleh dibeli ketika ini tatkala masing-masing sudah pun menyertai kelab baru.

Manchester United pula berdepan cabaran lebih besar selepas terlepas beberapa pemain seperti Pedro Rodriguez , Otamendi, Fernando Llorente serta Sadio Mane.

Kini Louis van Gaal beralih kepada penyerang Barcelona Neymar dan pemain sayap Real Madrid Gareth Bale.

Persoalannya, mampukah van Gaal mendapatkan khidmat dua pemain ini?

Ketika aksi berdepan Newcastle United yang berkesudahan seri tanpa jaringan, perlawanan itu jelas menampakkan kelemahan dibahagian serangan yang diterajui Wayne Rooney, Memphis Depay dan Juan Mata.

United mempunyai Javier Hernandez dibangku simpanan namun penyerang Mexico itu memerlukan sokongan kuat diatas padang sepertimana dipamerkan ketika dipinjamkan ke Real Madrid.

 

The Red Devils mempunyai penyerang muda berbakat menerusi pemain Chile Angelo Henriquez yang telah mencipta nama ketika saingan Copa America Jun lalu namun telah pun melepaskan pemain itu untuk sertai Dinamo Zagreb pada 6 Julai lalu.

Apa pun pasti menarik untuk melihat mampukah kedua pasukan ini mendapatkan pemain yang diidamkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here