Satu video yang merakamkan detik biadap dimana dua kanak-kanak dibuli ketika solat secara berjemaah menjadi viral di media sosial sejak semalam.

Video yang telah dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Mat Hj Salus itu mendapat perhatian netizen seterusnya telah dikongsi sebanyak 14,000 kali sejak dimuat naik pada jam 9 pagi semalam.

Dipercayai, video itu merupakan rakaman CCTV di dalam ruang solat di sebuah masjid yang tidak didedahkan tempatnya namun agak menyentap hati kerana memaparkan dua orang kanak-kanak diusik ketika sedang solat.

Dapat dilihat sekumpulan kanak-kanak dapat dilihat menarik seluar kanak-kanak yang sedang solat itu dan membuat tarian aneh yang dipercayai untuk mengacau kanak-kanak terbabit.

Kanak-kanak yang ‘dibuli’ itu cuba mempertahankan diri sebelum meneruskan solat namun terus diganggu.

Di minit pertama video, terdapat kelibat seorang dewasa menyertai saf dua kanak-kanak itu bersolat namun kumpulan pembuli itu terus dengan kegiatan biadap mereka itu.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada mereka bergurau dan sama ada kumpulan pembuli itu merupakan rakan kepada kanak-kanak terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here