KENYATAAN terbaharu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang menyatakan beliau tidak mempercayai Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat benar-benar menggemparkan.

Ia ekoran DoJ, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Agensi Perisikan Pusat (CIA) mendakwa bahawa terdapat campur tangan dari Russia semasa pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2016.

Bagaimanapun, Presiden Russia, Vladimir Putin dalam pertemuannya dengan Trump ketika persidangan G20 di Hamburg, Jerman menjelaskan kerajaan Russia tidak campur tangan dalam kempen pilihan raya antara Hillary Clinton dan Trump pada 2016.

Pengakuan Trump tersebut menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan agensi-agensi berkenaan?

Presiden Amerika Syarikat sendiri tidak mempercayai agensi di negara berkenaan tetapi kenapa individu-individu tertentu di negara ini terutama Pakatan Harapan benar-benar mempercayai DoJ?

Adakah mereka menggunakan dan membayar DoJ untuk menjatuhkan kepimpinan negara yang diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak?

Perkara yang dilalui Trump mungkin sama seperti apa yang DoJ dakwa dalam tuduhannya terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sejak 20 Julai 2016 sehingga kini semua dakwaan hanya sekadar tuduhan sahaja.

Tiada bukti sahih, tiada pendakwaan mahkamah dan tiada langsung aset di negara ini dirampas.

Bahkan, Jabatan Peguam Negara pun tidak pernah menerima permintaan mendapatkan maklumat daripada DoJ.

Itu fakta sebagai jawapan terhadap dakwaan pertama kali DoJ pada Julai 2016.

Ia tidak berjaya dan kini pihak berkenaan mahu mencuba lagi untuk kali kedua pada 15 Jun 2017 dengan niat untuk menimbulkan keadaan kelam-kabut menjelang beberapa bulan lagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Hanya pembangkang di Malaysia yang mengambil dan memetik sumber dari DoJ untuk menjadikannya sebagai isu.

Sebenarnya tiada asas pun untuk dakwaan itu dijadikan isu.

Ianya bukan isu, hanya persepsi yang dicipta dan direka DoJ semata mata.

Mereka sepatutnya menunjukkan gambar sebenar berlian yang didakwa? Mana dia bukti transaksi? Semuanya tiada. Hanya dakwaan semata-mata.

Pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan perihal Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap tiga exconya.

Dikatakan dia telah memberitahu kepada Exco-exco berkenaan bahawa Tun Daim Zainuddin membelanjakan puluhan juta ringgit untuk menjayakan serangan DoJ terhadap IMDB.

Dikatakan sejumlah wang juga telah dibayar kepada Yayasan Clinton di Amerika Syarikat untuk tujuan itu.

Tiga Exco Armada yang dimaksudkan itu ialah Muhammad Hafiz Azhar, Mohamad Taufik Abbas serta Abd. Wahazir Abd. Wahab.

Muhammad Hafiz sebelum ini mendesak Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin membersihkan namanya daripada skandal yang sering dipalit terhadap mereka.

Dakwanya, Mahathir dipalit dengan skandal kekayaan anak-anaknya manakala Muhyiddin pula didakwa mempunyai skandal dengan isteri orang, Nika Gee Siew Yee.

Kalau diikuti rentetan pendedahan Raja Petra sehinggalah Syed Saddiq membuat sidang akhbar pula mendakwa tiga exconya ada hubungan dengan Raja Petra, agak jelas ketua Armada itu seperti sudah gelabah.

Barangkali benar dakwaan Raja Petra bahawa Mahathir melakukan kesilapan kerana melibatkan budak mentah seperti Syed Saddiq dalam perancangan sulit bersama Daim tentang saman sivil DoJ.

Persoalannya, adakah Mahathir yang meminta DoJ untuk memfitnah dan menjatuhkan kepimpinan negara ini diterajui Najib?

Untuk tujuan apa bayaran masuk sejumlah USD$5 juta ke dalam Yayasan Clinton dibuat oleh Tun Daim?

Siapa pengadu kepada DoJ belum lagi didedahkan identitinya.

Besar kemungkinan pengadu itu ada agenda lain iaitu mahu menggulingkan Perdana Menteri dan kerajaan yang dipilih secara demokrasi di Malaysia.

Jika dilihat, campur tangan asing di Malaysia diundang oleh pembangkang yang tidak sabar-sabar menunggu pilihan raya dan proses demokrasi.

Mereka sanggup terbang jauh ke London berjumpa Sarawak Report. Terbang ke New York berjumpa Wall Street Journal dan New York Times.

Presiden Amerika Syarikat sendiri sudah sangsi dengan FBI dan DoJ.

Hanya Pakatan Harapan di Malaysia yang diketuai DAP masih sanggup menjadi penjaja kepada cerita persepsi dan tipu.

Rakyat seharusnya bijak menilai jangan mudah tertipu dengan cerita-cerita persepsi.

Jangan undang tangan tangan asing dalam menentukan hala tuju politik di Malaysia, jika berterusan dibimbangi pasti akan membahayakan negara.

Kira-kiranya mudah jika Trump sendiri tidak percaya mainan persepsi DoJ, kenapa kita perlu mengangguk setuju semua strategi pembangkang yang mahu menghancurkan negara dengan dakwaan kepada pemimpin kita.

Pada masa kemusnahan negara tiba akibat kelalaian rakyat mempercayai fakta palsu pembangkang, dunia luar akan hanya mentertawakan kegagalan kita selama ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here