Orang Melayu diingatkan agar tidak terpengaruh dengan strategi DAP yang berbaik dengan Bersatu pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia hanya  mahu memecah belahkan orang Melayu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno (MT), Datuk Seri Idris Jusoh berkata, beliau simpati terhadap Mahathir telah terjebak dalam strategi DAP bergabung dengan Bersatu yang mempunyai muslihat politik untuk pecah belah orang Melayu seterusnya menjadikan mereka sebuah parti yang dominan.

Menurut Idris, dahulu DAP gagal membawa Pas bersama mereka kerana Pas akhirnya sedar muslihat parti itu lalu meninggalkan DAP.

“Tindakan Pas yang memutuskan hubungan dengan DAP patut dipuji kerana sedar bekas parti sekutu mereka itu bukan berjuang untuk agama dan bangsa,” katanya yang juga Menteri Pendidikan Tinggi.

Ahli Parlimen Besut itu berkata lagi, selepas gagal memujuk Pas bersama dalam pakatan mereka, DAP dilihat begitu mudah mahu bekerjasama dengan Mahathir iaitu pemimpin yang mereka kutuk habis-habisan satu ketika dulu.

Menurutnya, DAP sedar  mereka perlukan sokongan orang-orang Melayu bagi memastikan agenda mereka tercapai.

Sehubungan itu Idris, mengingatkan orang Melayu supaya tidak terikut-ikut dengan agenda Pakatan Harapan kerana  parti DAP yang merupakan  parti yang tidak menyokong perjuangan Islam dan orang Melayu.

“DAP hanya menggunakan Mahathir untuk mempengaruhi oleh Melayu kerana Parti Amanah tidak ada pemimpin yang baik dan usaha melantik semula Mahathir sebagai Perdana menteri hanyalah helah untuk mengaburi orang Melayu.

“Malah DAP melakukan ini dengan sangat berhati-hati kerana mereka juga tahu perangai dan dapat membaca strategi Mahathir pada masa akan datang,” katanya.

Idris berkata, orang Melayu khususnya orang Umno diingatkan tidak perlu persoal kewibawaan parti Umno kerana parti alternatif tidak ada kewibawaan belum terbukti dapat membela rakyat dengan lebih baik memandangkan pakatan antara mereka dilihat sangat rapuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here