kl2017

Kesemua ahli Laskar Merah Putih seluruh Indonesia digesa untuk tidak mengulangi demonstrasi di Kedutaan Malaysia susulan isu bendera Indonesia terbalik dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 KL2017.

Penasihat Markas Besar Laskar Merah Putih, Datuk Dr Fauzi Mohamad berkata, demontrasi ini perlu dihentikan demi kebaikan kedua-dua negara.

“Saya meminta kepada semua Laskar Merah Putih seluruh Indonesia untuk tidak mengulangi demonstrasi di Kedutaan Malaysia yang telah direncanakan bagi memprotes isu bendera terbalik berkenaan serta juga untuk menghormati saya sebagai Penasihat Markas Besar Laskar Merah Putih,” katanya yang juga Penasihat Pertubuhan Al Qalam Malaysia dan Indonesia.

Selasa lalu, Fauzi telah bertemu dengan Ketua Umum Laskar Merah Putih, Adek Erfil Manurung bagi memohon maaf bagi Kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia kepada seluruh rakyat Indonesia mengenai isu bendera terbalik.

Fauzi berkata, dalam pertemuan tersebut turut memutuskan permohonan maaf yang dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar masih belum cukup untuk memuaskan hati rakyat Indonesia.

Sementara itu, Adek pula mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ‘turun’ sendiri ke Indonesia untuk memohon maaf berkenaan isu bendera terbalik.

Adek turut memaklumkan sekiranya Najib gagal berbuat demikian, kumpulannya akan melakukan lebih kerap demonstrasi dan akan disertai ribuan anggota.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here