Wednesday, February 21, 2018
Home Muka Depan Delegasi WUF9 Lawat Residensi Kerinchi, KL Gateway
delegasi wuf9

Delegasi WUF9 Lawat Residensi Kerinchi, KL Gateway

0
103

Seramai 150 delegasi program Forum Bandar Sedunia (WUF9) menyertai lawatan ke Residensi Kerinchi, Lembah Pantai, di sini untuk melihat pembangunan semula kawasan berkenaan.

Pengarah Projek Suez Capital Sdn. Bhd., Abdul Hadi Ahmad berkata, Residensi Kerinchi yang dibina menggantikan flat empat tingkat di Kampung Kerinchi itu merupakan contoh model pembangunan pangsapuri antara yang terbaik di ibu kota dengan menampilkan ciri-ciri kediaman serba moden.

“Residensi Kerinchi yang terletak di kawasan KL Gateway ini dijadikan salah satu destinasi kunjungan delegasi WUF9 bertujuan memperlihatkan kejayaan projek pembinaan hasil program pembangunan semula Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Program ini juga merupakan perkongsian pengetahuan mengenai pembangunan semula bangunan kediaman yang diharap dapat dijadikan contoh di negara peserta,” katanya ketika ditemui dalam sesi lawatan tersebut hari ini.

Dalam lawatan teknikal selama tiga jam itu, delegasi turut diraikan dengan melihat kawasan sekitar projek berdekatan termasuk pusat beli-belah KL Gateway. – UO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here