SELEBRITI terkenal, Uqasha Senrose mengakui kerana terlalu takut menguasai diri dia hampir menangis sewaktu pertama kali beraksi di pentas program Super Spontan All Stars pada Jumaat minggu lalu. Uqasha Senrose adalah salah seorang ahli kumpulan #KungfuKipidap.

“Pertama kali berada di atas pentas Super Spontan All Stars saya rasa sangat takut dan berdebar sehingga hampir menangis. Tetapi Alhamdulillah selepas melihat rentak permainan rakan-rakan lain baru rasa yakin untuk ke hadapan,” jelas Uqasha Senrose ditemui sewaktu berakhirnya minggu pertama program Super Spontan All Stars di Studio V3Hd, Bukit Serdang Selangor.

Jelas Uqasha lagi untuk menghilangkan rasa gemuruh untuk minggu kedua, dia harus melakukan sedikit ‘homework’ untuk memudahkan dia lebih bersedia sekiranya berhadapan dengan ahli kumpulan #SilatDongibab yang lebih hebat dan pantas.

“Rasanya saya kena banyak study dan buat research seperti tonton semula episod-episod edisi terdahulu Super Spontan untuk tengok sendiri macam mana mereka membiasakan diri dengan permainan spontan.

“Dari situ saya cuba untuk mudah memahami dan bukan bermaksud untuk tiru tetapi untuk mendapat idea-idea untuk jadi lebih kreatif,” ujar Uqasha.

Tambah Uqasha lagi dia cuba untuk buat yang terbaik di minggu-minggu seterusnya akan datang dan bersyukur kini sudah boleh membiasakan diri dengan ahli kumpulannya, #KungfuKipidap.

“Alhamdulillah saya cuba untuk kekalkan momentum seperti minggu pertama tetapi bukan target untuk menang. Cukup sekadar belajar benda baru dan berseronok dengan rakan-rakan di Super Spontan All Stars.

Dalam pada itu Uqasha turut terkejut sewaktu hos Dato’ AC Mizal mengumumkan salah seorang ahli kumpulan #KungfuKipidap, Nana Mahazan adalah peserta yang bakal disingkirkan pada minggu pertama Super Spontan All Stars.

“Saya agak terkejut apabil Dato’ AC Mizal umum nama Nana Mahazan sebagai peserta yang terkeluar di minggu pertama. Terdetik di hati pada awalnya rasa mungkin saya yang bakal tersingkir sebab dalam ramai-ramai saya paling baru.

“Kalau tersingkir di minggu pertama pun rasanya saya tidak terkilan sebab dah buat yang sehabis baik,” jawab Uqasha mengakhiri perbualan.

Super Spontan All Stars yang dihoskan oleh Dato’ AC Mizal pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam bermula 28 Ogos 2015 secara eksklusif di Astro Warna (132) dalam pakej Mustika dan ditayangkan serentak di Mustika HD (134).

Hanif Dan Ray Era yang telah dinaikkan pangkat sebagai  pengulas yang dikendalikan oleh Afdlin Shauki dan Amir Raja Lawak kekal sebagai pengulas iringan.

Persembahan mingguan akan diadili berdasarkan format permarkahan yang ditentukan sepenuhnya melalui undian SMS daripada penonton dan menerusi laman web rasmi www.superspontan.com.my

Sumber: Asro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here