Parti Tindakan Demokratik (DAP) sering melaung-laungkan soal prinsip demokrasi, kebebasan bersuara dan budaya politik matang. Malah parti berkenaan sering memperlekeh Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai Kerajaan yang sentiasa membelakangkan demokrasi dan tidak memberi ruang bersuara secukupnya kepada rakyat Malaysia. Segala dakwaan DAP ini tidak benar, malah Kerajaan BN pada hari ini boleh dianggap sebagai paling demokratik berbanding dahulu. Tiada lagi tangkapan atas dasar politik, malah tumpuan Kerajaan pada hari ini jelas kepada usaha pengukuhan ekonomi dan kemajuan taraf hidup rakyat.

Namun segala fitnah dan tohmahan DAP kepada Kerajaan BN selama ini sebenarnya bertujuan untuk mengaburi mata rakyat daripada mengetahui hakikat sebenar bagaimana DAP menguruskan perbezaan pendapat dalam partinya sendiri. Sering menuding jari ke arah pihak lain, sehingga terlupa tentang kesalahan dan kesilapan sendiri sudah menjadi norma dan kebiasaan untuk DAP.

Terbaru Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP kawasan Tanjung Bungah di Pulau Pinang, Teh Yee Cheu merupakan mangsa terbaru parti berkenaan. Yee Cheu terkenal dengan sikap lantang dalam mengkritik kelemahan pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng di Pulau Pinang, malah beliau tanpa rasa gentar sentiasa cuba menegakkan kebenaran demi manfaat rakyat. Namun suara kebenaran dan fakta yang dibawa Yee Cheu jelas tidak digemari pentadbiran DAP di Pulau Pinang dan suara beliau dianggap pengacau dan boleh menjejaskan manfaat politik DAP.

Baru-baru ini Kerajaan DAP Pulau Pinang telah membuat keputusan untuk menyekat beliau daripada terbabit dengan pengurusan bantuan mangsa banjir di kawasan Tanjung Bungah. DAP secara terang-terangan telah menafikan hak Yee Cheu untuk membantu rakyat di kawasannya sendiri. Malah punca Yee Cheu dihalang daripada menguruskan bantuan berkenaan dijelaskan DAP sebagai balasan kepada tindakan ADUN berkenaan yang kerap mengkritik Kerajaan Pulau Pinang.

Setiap kritikan Yee Cheu sebenarnya bukanlah untuk manfaat sesiapa, tetapi penduduk Tanjung Bungah yang sebenarnya resah dengan pembangunan tidak seimbang di kawasan berkenaan. Kerakusan DAP mengejar keuntungan telah menyebabkan kawasan berkenaan mengalami proses pembangunan tidak seimbang. Hal ini yang membimbangkan Yee Cheu dan beliau sering membawakan isu-isu seperti ini namun telah dianggap seperti musuh oleh DAP.

Melalui apa yang menimpa Yee Cheu jelas bahawa DAP gagal untuk menghormati suara rakyat yang dibawa ADUN berkenaan. Malah DAP langsung tidak mempunyai kesungguhan untuk mendengar rintihan rakyat malah menganggap apa yang dikatakan Yee Cheu sebagai satu percubaan untuk mensabotaj parti. Jelas DAP sebenarnya mahu semua pemimpin yang ada tunduk dan hanya bersetuju dan tidak membantah apa-apa.

Adakah ini konsep demokrasi ala-DAP? Adakah suara yang menyokong sahaja mahu didengar, tetapi kritikan membina terus ditolak mentah-mentah? DAP jelas berpolitik 24 jam sehari tanpa henti, malah isu berkaitan bantuan mangsa banjir kepada rakyat juga boleh dijadikan alat untuk menunjukkan kuasa politik dan menafikan suara ADUN yang selalu membawakan isu rakyat untuk kepe

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here