DAP Tidak

KUALA LUMPUR: DAP tidak merujuk  Parti Amanah Negara apabila menamakan Datuk Husam Musa sebagai calon Menteri Besar Kelantan jika Pakatan Harapan berjaya menawan negeri itu .

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Salahuddin Ayub, berkata Lim Kit Siang, tidak pernah bercakap mengenai perkara tersebut dengan kepemimpinan parti itu.

“Kit Siang tidak pernah berbincang dengan kami ┬ámalah isu itu juga belum pernah dibincangkan dalam kalangan kami , kita hanya bincang mengenai isu rakyat untuk memastikan kemenangan parti.

“Kit Siang hanya bercakap isu siapa calon Menteri Besar Kelantan dalam ceramahnya,” katanya pada sidang media di Wisma Amanah, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Kit Siang baru-baru ini yang mencadangkan Husam yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Salor sebagai Menteri Besar Kelantan.

Dalam ceramahnya, Kit Siang dilaporkan berkata, beliau yakin Husam boleh menjadi teladan baik untuk rakyat Kelantan dan seluruh negara.

“Biar rakyat menilai, rakyat bukan bodoh untuk menilai siapa yang paling layak, kita buat kerja hari ini dan tunjukkan kewibawaan, esok jika diberikan kemenangan itu terpulang pada rakyat.

“Apabila sampai masanya nanti, kita akan tonjolkan siapa paling layak mentadbir negara dan negeri,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here