DAP

Ketua DAP Kebangsaan, Wong Kah Woh berkata, adalah tidak adil untuk polis menyalahkan penganjur tidak menjaga aspek keselamatan.

Malahan, aspek keselamatan dalam forum Nothing to Hide 2.0 Ahad adalah tanggungjawab polis.

“Adalah jelas apabila mana-mana parti politik sebarang aktiviti, ialah tanggungjawab polis yang bertugas untuk menjaga keselamatan dan memastikan program berjalan lancar.

“Polis sepatutnya menyiasat siapa yang mulakan kekecohan kerana mereka yang bertanggungjawab. Janganlah menuding jari kepada penganjur,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa keselamatan forum Nothing to Hide 2.0 merupakan tanggunggjawab penganjur.

Menurut Khalid, polis akan memanggil pihak penganjur iaitu Armada Bersatu kerana dilihat gagal mengawal aspek keselamatan.

Ketua Unit Tindak DAP, Eddie Ng berkata, penganjur mengikut arahan oleh polis Shah Alam dan menyediakan 150 anggota keselamatan.

“Tak adil nak tolak tanggungjawab kepada penganjur kerana tak kira apa keadaan, polis merupakan anggota yang wajib jaga keselamatan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here