pru14

DAP dikatakan sedang mengintai untuk bertanding di Dun Kelantan pada PRU14 nanti.

Mengesahkan perkara itu, Pengerusi Amanah Negeri, Datuk Wan  Abd Rahim  Wan Abdullah bagaimanapun berkata,  setakat ini, Pakatan Harapan belum membincangkan soal agihan kerusi di peringkat Dun sebalilknya memberi perhatian di peringkat parlimen.

“Soal DAP meletakkan calon tidak berbangkit  melibatkan parlimen, (tetapi) Dun ada (permintaan).

“Di peringkat parlimen hanya tiga parti  bertanding melibatkan Amanah, PKR dan Bersatu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis ramah mesra  Amanah Kelantan bersama media disini hari ini.

Sebelum ini, terdapat desas desus mengatakan DAP menawarkan diri untuk bertanding di kerusi Dun Kota Lama dan dengan meletakkan calon Melayu.

Dalam pada itu Wan Rahim yang juga Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Negeri berkata, hasil perundingan yang dibuat di peringkat pusat, hanya empat kerusi Pakatan Harapan di Kelantan masih belum diselesikan dan melalui proses selanjutkan akibat bertindan.

“Ia melibatkan pertindahan kerusi antara Amanah dan Bersatu dan kedua- dua parti sudah dan akan  berunding lagi untuk mendapat ketetapan, saya yakin ia akan diselesaikan di meja perundingan.

“Pakatan Harapan Kelantan menyasarkan mendapat 12 daripada 14 kerusi parlimen  dan memperoleh majoriti mudah untuk merampas kerajaan negeri,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama turut mengesahkan Amanah akan diperuntukkan sejumlah kerusi yang lebih besar di Kelantan kepercayaan yang diberikan pimpinan Pakatan Harapan.

“Amanah mengetuai di Kelantan, Terengganu dan Melaka dan saya yakin kita boleh melakukan sesuatu,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama berkata, pertandingan tiga penjuru tidak lagi dapat dielak  di Kelantan setelah Pas menetapkan pendirian untuk tidak bersama Pakatan Harapan.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here