Pas mengingatkan DAP bahawa parti itu yang perlu memikirkan nasib kuasa pemerintahan mereka di Pulau Pinang.

Menurut Ketua Pemuda Pas Negeri Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, DAP hanya mempunyai 19 kerusi sahaja di negeri Mutiara itu.

“Jumlah itu tidak cukup untuk menjadi kerajaan tanpa kerjasama dengan parti lain.

¬†“Ia berbeza dengan Pas yang sudah mempunyai majoriti menguasai Kelantan pada hari ini walaupun secara tunggal,” katanya dalam satu kenyataan.

“Di kerusi DAP akan berlawan dengan MCA atau Gerakan sebagai contoh, pengundi Melayu Islam hampir pasti secara ‘solid’ akan memilih Pas sebagai alternatif mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli¬† berkata, “satu-satunya kekurangan di Kelantan ialah, menteri besar dan exconya tidak mempunyai pengalaman ditahan oleh SPRM,”.

“Tidak seperti Pulau Pinang di mana Ketua Menteri dan salah seorang exconya telah mempunyai ‘pengalaman berharga’ ditahan dan didakwa oleh SPRM di mahkamah. Itulah satu-satunya ‘kelebihan’ DAP berbanding Pas di Kelantan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here