Budaya orang Malaysia terkenal dengan sopan santun dan saling hormat menghormati sering kali dapat menjaga adap ketimuran dan menolak budaya liberal yang berlebihan.

Ketua Pemuda BN Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii berkata dia tidak faham maksud ekstremis yang dikatakan DAP terhadap BN/Umno.

Menurutnya lagi, beliau sebagai anak Malaysia mahu mengekalkan budaya dan adab yang berpegang teguh pada agama.

“Saya tidak faham apa maksud beliau ekstremis, selama ini di Malaysia, sekiranya mahu ke disko atau kelab-kelab malam, terpulang kepada individu.

“Cuma yang kerajaan larang apabila ianya mahu di buat secara terbuka seperti yang terjadi di Selangor dan ia bukanlah satu Pesta yang manis dan baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dalam satu portal berita membidas pihak berkuasa di semenanjung termasuk pihak polis kerana enggan membenarkan penganjuran pesta Ortoberfest dan Better Beer Festival 2017.

Chieng Jen mendakwa tindakan tersebut adalah tanda jelas Umno sedang bekerjasama dengan Pas untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih ekstremis.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here