dap

Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Setiausaha Agung Pas, ada ahli parlimen DAP menyerang parti berkenaan dengan mendakwa kenyataan Pas yang berpuas hati dengan 1MDB seolah-olah menunjukkan mereka memihak kepada syarikat pelaburan itu.

Pas menasihati DAP supaya tidak membuat dakwaan mengatakan parti itu menyokong dan berpihak kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya nak nyatakan kami bukan berpuas hati dengan 1MDB tetapi kami berpuas hati kerana dapat berjumpa, mendengar penjelasan dan bersoal jawab. Itu maksud Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan sebelum ini.

Beliau menyarankan DAP supaya mengadakan pertemuan dengan 1MDB seperti yang dilakukan Pas bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan yang timbul.

“Pas memohon bertemu dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy selepas soalan Parlimen yang dikemukakan oleh ahli parlimen ditolak.

“Mereka hanya tahu melalak dalam isu ini tanpa pergi kepada pihak sepatutnya. Sila adakan pertemuan dengan pihak 1MDB,” katanya.

Dewan Rakyat semalam hangat apabila Lim Lip Eng (DAP – Segambut) mempersoalkan mengapa isu 1MDB yang menjadi sub judice boleh dibincangkan dan meminta Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan muktamad berkenaan isu tersebut.

“Tan Sri Speaker bagi arahan 1MDB tidak boleh dibahaskan dalam dewan namun terdapat taklimat oleh CEO 1MDB tempoh hari.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee bagaimanapun menjelaskan keputusan itu hanya terpakai dalam Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Takiyuddin (Kota Bharu – Pas) cuba untuk menerangkan mengenai isu taklimat CEO 1MDB.

“Enam soalan Pas berkaitan dengan 1MDB tidak dijawab dan atas dasar itu, kami meminta penjelasan terus dari presiden, tidak sangka pula beliau bersetuju,” katanya.

Keadaan kemudian bertukar kecoh apabila Chong Chieng Jen (Bandar Kuching -DAP) bangun dan mengatakan Pas sudah menjadi sekutu Umno.

“Terimalah Pas masuk Umno, itulah hakikatnya kini, asyik memuji-muji, 1MDB pun puji,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here