Parti DAP boleh disifatkan sebagai sebuah parti yang mementingkan diri sendiri. Kita dapat lihat, DAP bertanding hanya semata-mata untuk kepentingan peribadi. Tidak lain tidak bukan kerana kuasa! Bukannya bertanding untuk rakyat.

Lihat sahaja isu mengenai keputusan logo yang digunakan oleh Pakatan Harapan. Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia menerima keputusan tersebut dengan baik, tetapi tidak untuk parti DAP. Mereka tetap ingin membantah dan terus ingin perjuangkan roket mereka. Jadi terbukti mereka sebuah parti yang sangat-sangat pentingkan diri sendiri.

Malah, mereka ini seolah-olah parti yang pekak kerana tidak pernah mahu mendengar keluhan dan suara setiap rakyat di kawasan mereka. Ini jelas dapat dilihat kebanyakkan wakil rakyat dari DAP masih belum selesai melaksanakan tanggungjawab di kawasan mereka tetapi dengan sesuka hati berpindah-randah dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

Contoh yang boleh kita lihat adalah wakil rakyat Liew Chin Tong yang dahulunya Ahli Parlimen Kluang tetapi untuk PRU14 kali ini bertanding di Parlimen Ayer Hitam pula. Kemudian wakil rakyat Hannah Yeoh berpindah dari DUN Subang Jaya ke Parlimen Segambut untuk PRU14.

Tidak cukup dengan itu, wakil rakyat Yeo Bee Yin yang sanggup berpindah dari DUN Damansara Utama ke Parlimen Bakri. Begitu juga dengan Wong Shu Qi yang berpindah dari DUN Senai ke Parlimen Kluang.

Ini menunjukkan bukan seorang tetapi ramai wakil rakyat dari DAP yang berpindah randah. Sebelum berpindah buktikan dahulu di mana jasa dan sumbangan mereka selama 5 tahun ini kepada rakyat. Ini tidak, masalah rakyat belum dapat diselesaikan tetapi sudah berpindah ke tempat lain.

Calon wakil rakyat seperti ini ke yang kita mahukan? Hanya tahu lepas tangan sahaja!

Terbaru, Wong Shu Qi telah menggelarkan Menteri Besar Sementara Johor, Dato Mohamed Khaled Bin Nordin sebagai pencacai UMNO. Kenyataan ini telah dikeluarkan di Malaysiakini pada 17 April 2018.

Perkara ini juga antara ‘kemahiran peribadi’ DAP iaitu menabur cerita-cerita palsu dan tidak berasas! Kenyataan Dato Mohamed Khaled Bin Nordin yang dilontarkan adalah bersifat terbuka.

Dan secara logiknya jika DAP tidak lakukan apa-apa kesalahan kenapa mesti hendak melenting atau terasa dengan kata-kata Dato Mohamed Khaled Bin Nordin? Konsepnya mudah siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya.

Jadi jika mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, lebih baik berdiam diri sahaja. Daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat dan menimbulkan banyak persepsi negatif.

Kesimpulannya, jangan hanya kerana ingin merebut kuasa DAP sanggup mementingkan diri sendiri dan menabur cerita-cerita yang tidak berasas.

DHIA HANI adalah aktivis Persatuan Pemikir Muda Johor. Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tiada kena mengena dengan Malaysian Access.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here