Walaupun Selangor di bawah pemerintahan menteri besar daripada PKR, iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali namun DAP  didakwa mengusai negeri itu.

Ketua Penrangan Umno, Tan Sri Annuar Musa mendakwa PKR terlalu mengikut dasar DAP.

“Lihat saja isu pesta arak, Azmin seboleh-bolehnya kunci mulut tidak beri kenyataan mengenai isu yang jelas mengganggu sentimen umat Islam.

“Sebab itu saya berani cakap, Selangor memang PKR perintah tapi DAP yang kuasai,” katanya ketika Bicara Minda dan Sesi Dialog Perjuangan, malam tadi.

Sementara itu, Annuar turut kesal dengan sikap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat pusingan U mengenai DAP.

“Dahulu beliau yang kutuk DAP sekarang beliau cakap parti itu lebih baik sebab ada semua kaum.

“Wahai Mahathir, lihat semula buku DAP, 50 tahun wujud, hanya ada 10 pemimpin Melayu sahaja berbanding dengan Umno/BN yang ada beribu pemimpin pelbagai kaum,” katanya lagi.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here