MELAKA: Dakwaan baru-baru ini bahawa peruntukkan sebanyak satu juta ringgit kepada setiap Ketua Bahagian UMNO di seluruh negara telah dinafikan oleh Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Idris Haron.

 

Idris yang juga Ketua Menteri Melaka, menjelaskan hanya ahli parlimen di setiap kawasan diberikan peruntukan berkenaan sebagai dana perbelanjaan pembangunan.

Menurutnya, wang itu juga tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh ahli parlimen.

“Yang saya tahu ahli-ahli parlimen dapat dalam bentuk peruntukan untuk bangunkan kawasan, buat¬†bus stop.¬†Perbelanjaan pantau secara rapat.

“Saya pernah disiasat perbelanjaan satu persatu setiap sen mana yang wang itu dibelanjakan setiap ahli parlimen tidak sewenang-wenangnya belanja wang. Itu prosedur, peraturan kewangan mesti dipatuhi,” katanya di sini pada Selasa.

Idris turut menyarankan agar setiap parti perlu mengisytiharkan dana politik yang diterima oleh mana-mana pihak demi memberi ketelusan kepada rakyat.

Katanya, usaha itu amat perlu supaya ada keadilan kepada semua parti, selepas UMNO didesak mengiystiharkan dana politik yang diterimanya.

 

Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here