RAKYAT Malaysia berusia lebih 21 tahun perlu segera mendaftar sebagai pengundi, atau mereka mungkin hilang peluang atau tidak dapat mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata aktivis pilihan raya.

Watan, yang memperjuangkan kesedaran pilihan raya di kalangan belia, percaya pengundi yang belum mendaftar tahun ini mungkin sudah kehilangan peluang mengundi dalam pilihan raya, yang perlu dibuat sebelum Ogos.

Kumpulan itu menganggarkan ia mengambil masa kira-kira empat bulan dari masa mendaftar sehingga dimasukkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) proses tuntutan dan bantahan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ini bermakna jika pilihan raya diadakan sebelum April, mereka yang belum mendaftar tahun ini, tidak akan dapat mengundi.

“Pendaftaran boleh dilakukan bila-bila masa. Yang menjadi persoalan ialah sama ada nama mereka yang baru mendaftar pada Disember 2017 sempat atau tidak dimasukkan dalam senarai Daftar Pengundi Induk (DPI) yang diselenggarakan oleh SPR sekiranya pilihan raya diadakan pada Mac 2018,” kata Pengarah Eksekutif Watan, Masjaliza Hamzah kepada The Malaysian Insight.

PRU14 perlu dibuat sebelum Ogos tahun depan.

Kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) kini hanya berkuasa sehingga Jun. Pilihan raya boleh dibuat dalam tempoh 60 hari selepas itu.

Justeru, adalah waktu kritikal bagi mereka yang masih belum mendaftar sebagai pengundi untuk melakukannya segera, atau berisiko tidak dimasukkan ke dalam senarai pemilih.

Masjaliza berkata kekaburan pengundi mengenai tarikh menyebabkan mereka tidak boleh menjangkakan hari terakhir mendaftar bagi memastikan nama mereka tersenarai dalam DPI.

Ia dianggap sebagai satu kelemahan sistem di mana sebelum ini SPR pernah dicadangkan melakukan pendaftaran automatik apabila seseorang itu mencapai umur 21 tahun.

“Ini bukan memaksa sesiapa untuk mengundi, tetapi sekiranya mahu melakukan tanggungjawab, nama sudah ada, cuma datang dan pangkah mengikut pilihan.”

Malah Masjaliza turut membandingkan sistem daftar undi negara lain yang disifatkan tidak mengambil tempoh masa yang lama bagi individu disenaraikan dalam DPI.

“Di Afrika Selatan, boleh menyemak nama sekurang-kurangnya tujuh hari selepas mendaftar.

“Di beberapa negeri di Amerika Syarikat, mereka ada ‘same day registration’, iaitu boleh mendaftar pada hari mengundi. Di UK pula, hari ini mendaftar, kalau hari esok pilihan raya, sudah boleh mengundi,” katanya.

Sebelum ini SPR mendedahkan hampir 4 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi belum berbuat demikian setakat 31 Mac tahun ini.

“Mereka tidak boleh memberitahu, kerana tidak ada yang tahu bila pemilihan akan dipanggil,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“SPR telah mencadangkan pada masa lalu untuk mendaftarkan pengundi secara automatik sebaik sahaja mereka mencapai umur 21 tahun.

“Ini tidak memaksa rakyat untuk mengundi, hanya untuk memastikan nama mereka sudah ada dalam senarai pemilih, sekiranya mereka mahu melakukan tugas mereka dan mengundi dalam pilihan raya,” katanya.

Selain Watan, sayap Pemuda PAS juga menumpukan usaha untuk menarik belia mendaftar sebagai pengundi, termasuk menjemput SPR menubuhkan gerai pendaftaran pemilih di masjid dan pasar malam.

Suruhanjaya Pilihan Rata mendedahkan sejumlah 3.77 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas dan menetap di sini belum mendaftar sebagai pengundi yang berisiko hilang peluang menunaikan hak mereka sebagai pemilih pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang. – Gambar fail EPA, 29 Disember 2017.
Suruhanjaya Pilihan Rata mendedahkan sejumlah 3.77 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas dan menetap di sini belum mendaftar sebagai pengundi yang berisiko hilang peluang menunaikan hak mereka sebagai pemilih pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang. – Gambar fail EPA, 29 Disember 2017.

Sayap parti Islam itu juga menggunakan aplikasi WhatsApp untuk menyebarkan mesej kempen pendaftaran pilihan raya, mengingatkan orang ramai yang tarikh akhir untuk mendaftar adalah suku keempat tahun ini.

“Kami juga meramalkan ini adalah tarikh akhir untuk mendaftar.

“Jadi, jika sesiapa mengundi pada Mac (jika benar pilihan raya akan diadakan) mereka perlu mengundi Disember ini,” kata Ketua Urusan Pemilihan (Pendaftaran Baru) Dewan Pemuda PAS, Mohd Nakhie Naka.

Pengerusi SPR Mohd Hashim Abdullah berkata, sejumlah 3.77 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas dan menetap di sini belum mendaftar dengan suruhanjaya itu.

Dua pertiga daripada mereka adalah remaja berusia 21 hingga 30 tahun, dedah SPR.

Percubaan The Malaysian Insight untuk mendapatkan penjelasan daripada pengerusi SPR mengenai proses yang terlibat dalam pendaftaran pengundi tidak berjaya.

Menurut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Daftar Pemilih) 2002, daftar pemilih tambahan hendaklah disemak setiap tiga bulan.

Masjaliza memberitahu The Malaysian Insight terdapat terlalu sedikit maklumat mengenai prosedur pendaftaran pengundi, yang menyebabkan ramai tidak menyedari langkah perlu diambil untuk mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata Watan telah menganjurkan acara awam untuk mendidik orang ramai termasuk bekerjasama dengan selebriti tempatan seperti Marina Mahathir, Daphne Iking dan Remy Ishak, tetapi mengakui tidak sampai sepenuhnya kepada sasaran.

“Respons agak kurang memberangsangkan. Tidak seperti PRU13 dulu,” kata Masjaliza sambil menambah terdapat 2.5 juta belia berusia 21 hingga 30 tahun yang masih tidak berdaftar sebagai pengundi pada suku kedua tahun 2017.

“Ini yang menjadi kebimbangan Watan, kerana orang muda merasakan pilihan raya dan politik jauh kaitannya daripada hidup mereka. Mereka juga mungkin kurang tertarik dengan pilihan politik yang ada.”

“Rakyat Malaysia perlu mendaftar, daftarlah awal atau daftarlah sampai ke peringkat sekarangpun boleh supaya anda dapat mengundi.” – The Malaysian Insight

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here