Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo kini mengembangkan potfolio hotel `CR7′ miliknya dengan membuka francais baharu di New York, Madrid dan Marrakech, umum sekutunya di sini, hari ini.

Bintang Real Madrid itu sudah pun membuka Hotel CR7 menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat Portugis, Kumpulan Hotel Pestana di Lisbon dan kampung halamannya, Funchai.

Hotel baharu pertama yang bakal dibuka dalam tempoh 18 bulan itu adalah Marrakech, sebuah lokasi di mana Ronaldo sering berkunjung ke tempat rakannya yang terbabit dalam sukan seni pertahanan diri Belanda.

Hotel CR7 menawarkan tetamunya peluang untuk menghadiri majlis koktel `Ballon d’Or’ dan bergambar dengan hologram kapten pasukan Portugal itu.

Selain hotel, CR7 milik Ronaldo ini turut menawarkan produk dalam bentuk pakaian dan kasut.

— AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here