umno

Datuk Seri Najib Razak mahu kejayaan UMNO Johor Bahru mengekalkan sokongan dalam kawasan bandar dijadikan iktibar dan contoh.

Presiden UMNO juga mahu pendekatan dan kejayaan Johor Bahru mendepani cabaran politik kompleks dijadikan contoh oleh pemimpin parti lain.

“Kita boleh ambil iktibar jadikan kejayaan UMNO Johor Bahru ini sebagai ‘template’…bagaimana pendekatan kita di kawasan bandar, perbandaran yang semestinya politiknya lebih kompleks dan mencabar tidak semata-mata kepada soal pembangunan sahaja.

“Kita mesti melebarkan UMNO dan BN (Barisan Nasional) supaya dapat memenuhi aspirasi cita rasa dan gol (sasaran) di bandar yang lebih terpelajar dan perspektif berbeza dengan (kawasan) luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abd Samad.

Najib berkata, di kawasan bandar, UMNO bukan sahaja perlu melakukan politik bersifat terbuka, tetapi bersifat lebih inklusif dan tidak semata-mata menjaga orang UMNO.-BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here