Antonio Conte sekali lagi membuat tuduhan berani ke atas penyusun jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris dengan mendakwa mereka mempunyai konspirasi untuk menjatuhkan Chelsea.

Conte berkata begitu ketika perlawanan menentang Newcastle di laman sendiri pada Sabtu, perlawanan keempat pasukannya pada musim ini yang diberikan kurang masa untuk berlatih berbanding pasukan lawannya.

Dia menuntut kehormatan yang lebih dan Chelsea turut membawa kes pengurus kelabnya itu ke liga.

“Sejujurnya, susah nak kata ia satu kebetulan. Sekali ia berlaku, ia akan berlaku lagi.

“Newcastle bermain pada Selasa lalu, kami bermain pada Rabu lalu dan sekarang kami bertemu pada Sabtu pukul 12.30 tengah hari,” ujar Conte.

Tambahnya: “Ia satu kebetulan yang aneh. Hanya ada 14 perlawanan dan perkara ini berlaku sudah empat kali. Saya tidak mahu kelebihan, saya hanya mahu masa rehat yang cukup seperti pasukan lain.

“Susahkah untuk lakukannya? Saya tidak rasa begitu. Saya mahu kehormatan untuk pekerjaan saya, kelab, pemain dan peminat. Saya bukan bodoh, kalau nak bergurau, saya bukan orangnya,” tegas Conte. – Dailymail

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here