Clement Chin mengundang kemarahan pengguna media sosial kerana menghina Al-Quran dan mengeluarkan komennya tentang Islam dalam perbincangan tertutup satu kumpulan Facebook.

“Saya sangat terkejut dengan perbuatan mereka. Saya sama sekali tak jangka ini akan berlaku. Bagi saya, ia perbincangan terbuka dalam kalangan ahli kumpulan itu dan kami semua berkongsi pemikiran kita tentang pandangan yang berbeza mengenai agama,” cubaan Chin untuk mempertahankan perbuatannya.

Chin berkata kandungan perbincangan itu diambil di luar konteks, dan dikongsi dengan meluas di media sosial.

Beliau juga cuba menarik alih tumpuan tuduhan tersebut dengan menyalakan is sebagai satu taktik politik yang kotor.

“Saya tak tahu mengapa mereka buat begitu, masuk ke laman Facebook saya dan memilih-milih tangkap layar untuk menyerang saya.

Chin antara lain memuat naik komen menyentuh asal usul Al-Quran, serta sejarah awal Islam dan melemparkan tuduhan yang salah terhadap kitab suci itu.

Chin mempertahankan komen beliau dan menuding jari ke pihak lain atas mengambil komen tersebut di luar konteks adalah tidak rasional. Namun, netizen kini mengetahui pegangan sebenar dan pendapat beliau terhadap agama Islam.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here