Kelab gergasi EPL, Chelsea melaungkan amaran bahawa kelab itu sedia dan sanggup untuk membuat bidaan tertinggi sehingga memecah rekod bayaran pemindahan pemain demi mendapatkan bintang tengah Juventus, Paul Pogba.

Pemain muda Perancis itu merupakan sasaran Jose Mourinho pada jendela pemindahan kali ini namun bidaan bernilai £54 juta telah ditolak kelab Itali berkenaan.

Bagaimanapun dalam laporan terbaru, Ketua Eksekutif Juventus Giuseppe Marotta mengeluarkan kenyataan bahawa kelab itu hanya akan menjual pemain berusia 22 tahun itu pada nilai £73 juta.

Bagaimanapun jumlah itu disifatkan tidak keterlaluan kerana Real Madrid mampu membayar kepada Tottenham sebanyak £86 juta untuk mendapatkan Gareth Bale dan jumlah itu merupakan rekod pemindahan termahal setakat ini.

Pogba mula menjadi rebutan selepas berjaya membantu Juventus sehingga layak ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Pemain muda itu berhijrah ke Juventus selepas kontraknya bersama Manchester United tamat pada 2012.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here