Chelsea menyambar pemain baru dari Senegal, Papy Djilobodji daripada kelab Perancis, Nantes dengan nilai perpindahan berjumlah STG4 juta bagi memantapkan lagi benteng pertahanan kelab itu. Pemain pertahanan berusia 26 tahun itu menandatangani perjanjian untuk kekal di Stamford Bridge selama empat tahun, umum kelab Ligue 1 itu sebentar tadi.

Pengendali Chelsea, Jose Mourinho mengalih perhatian membeli pemain pertahanan tengah dengan ketinggian 6 kaki 4 inci itu selepas gagal memikat John Stones dari Everton sebelum ini.

Djilobodji, yang kini menghabiskan kontrak setahun bersama Nantes sudah membuat penampilan bersama kelab itu sebanyak 183 sejak 2010. The Blues juga sedang berusaha menandatangani benteng Reading, Michael Hector secara pinjaman dalam tempoh perpindahan yang berakhir jam 1 pagi Rabu ini waktu Malaysia.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here