chef wan

Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail akan masuk ke penjara.

Pengakuan ditulis Chef Wan sendiri dalam akaun Instagramnya.

“Pagi ini saya menerima tawaran daripada produser eksekutif Discovery Travel and Living yang menjemput saya menjadi hos mereka untuk program terbaharu mereka.

“Mereka mahu saya melawat empat buah penjara yang terkenal di Asia dan memasak dari dapur penjara. Bukan hanya masak, tetapi saya perlu menyelami kehidupan penghuni ini,” katanya.

Akui tawaran itu menarik namun ia sedikit menakutkannya.

“Saya ada katakan pada mereka, saya pernah bekerja BBC 2 Talkshow bersama Misal Hussein dan berharap keselamatan saya dijaga baik.

“Setiap masakan saya nanti, tidak boleh ada terung atau timun. Ia benar-benar cabaran untuk saya,” tulisnya.

Sebagai cabaran baharu buatnya, Chef Wan berkata rancangan itu akan ditonton oleh jutaan penonton seluruh dunia.

“Bukan mudah nak dapat tawaran begini,” katanya.

Chef Wan seorang chef yang popular bukan sahaja di Malaysia malahan  dikenali di Asia hingga beberapa buah negara Eropah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here