1 November adalah tarikh bermakna bagi Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan apabila beliau selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan. Beliau juga menyatakan bahawa tiada perancangan untuk menambah zuriat pada masa akan datang.

Bagi aktres berusia 43 tahun itu, hidupnya bahagia dengan kehadiran seorang cahaya mata yang dimilikinya kini. Faktor usia yang semakin meningkat juga membuatkan dia tidak terfikir untuk hamil sekali lagi.

“Saya rasa cukuplah ada Aaisyah sahaja, tidak perlu untuk tambah anak lagi. Jujurnya, saya memang sudah tidak nampak yang saya akan dapat anak lagi selepas ini. Ada seorang ini pun sudah cukup bersyukur.

“Saya bersyukur dengan apa yang dikurniakan sekarang. Saya sudah punya dua anak lelaki dan seorang perempuan. Andai kata ditakdirkan rezeki untuk hamil sekali lagi, siapa saya untuk menolak.

“Kalau Zain mahukan anak lagi selepas ini, saya tidak boleh cakap apa-apa. Hanya buat masa sekarang saya masih belum ada perancangan atau menyimpan hasrat untuk hamil lagi,”katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

 

Sumber: Malaysian Digest

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here