Hukuman

Adalah amat menyedihkan sekiranya aspek hukuman sentiasa diberi keutamaan oleh pihak – pihak tertentu sebagai bahan asas utama dalam mendidik masyarakat negara kita daripada menjebakkan diri mereka dengan kegiatan tidak bermoral atau jenayah. Banyak lagi langkah – langkah lain yang boleh diambil bagi mencegah masyarakat negara kita supaya tidak terlibat dengan kegiatan tidak bermoral atau jenayah.

Antara langkah yang sepatutnya diberi perhatian ialah melalui pemantapan aspek pendidikan bagi melahirkan kesedaran orang ramai supaya tidak terjebak ke kancah kegiatan tidak bermoral atau jenayah. Orang ramai khususnya generasi muda dari golongan kanak – kanak dan remaja perlu didik sepanjang masa mengenai bahaya yang boleh menimpa diri mereka sekiranya mereka terjebak dalam kegiatan jenayah serta kesan perbuatan buruk mereka terhadap keluarga mereka sendiri serta orang sekeliling.

Tiada manusia yang tidak akan melakukan sebarang kesalahan sepanjang hidup mereka. Banyak juga kesalahan dan kesilapan yang dilakukan ini akibat daripada kurang aspek pendidikan serta pemahaman mengenai sesuatu perkara.

Tak akan lah setiap kesalahan dan kesilapan yang dilakukan perlu dihukum dengan pelbagai jenis hukuman yang ada serta yang bakal diperkenalkan. Apa asas yang mengatakan dengan hukuman dapat mengekang sesorang itu daripada melakukan kegiatan jenayah?

Dan yang paling penting adakah seseorang itu takut kelak untuk untuk melakukan sebarang kegiatan tidak bermoral atau jenayah disebabkan hanya takutkan hukuman atau sebab mereka faham akibat buruk atas tindakkan mereka terhadap diri mereka, mangsa serta orang sekeliling. Segala persoalan ini perlu dilihat dan dinilai dengan teliti oleh pihak – pihak berkenaan.

Tidak salah sekiranya kita ingin mengunakan aspek hukuman sebagai salah satu faktor membendung kegiatan jenayah, namun begitu, fokus yang paling utama dan yang paling penting ialah dengan memberi fokus terhadap aspek pendidikan bagi melahirkan kesedaran dan pemahaman dikalangan orang untuk tidak terjebak ke dalam mana – mana kegiatan tidak bermoral atau jenayah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here